Friday 2 October 2015

Cerpen: Love Me Like You Do Part 1

                 Love Me Like You Do
Nafas ditarik perlahan sebelum dihembus. Matanya tenang memandang ke depan memerhati dua orang manusia yang sedang minum petang di depannya. Seketika dia memejam mata memikir.

"Mama dah bincang dengan Tengku Maya. Minggu depan kita pergi dinner rumah dia. Pakai cantik-cantik sikit. Cuba jaga sikit maruah mama dengan papa. Ingat mama dengan papa ni bukan oramg biasa. Papa kamu tu Tan Sri. Cuba fikir sama pasal status papa." Tegas Puan Sri Dina berkata.

Status papa yang lebih penting dari anak sendiri, sampai tergamak kahwinkan anak sendiri dengan orang kaya semata-mata nak dapat menantu kaya, besan kaya? Terasa ringan mulutnya nak bertanya. Mama dengan papa pentingkan pelajaran, jawatan dengan harta kekayaan. 

"Kamu dengar tak apa yang mama cakap?" Puan Sri Dina bertanya geram dengan reaksi uang ditunjukkan oleh anak kedua merangkap anak bongsunya.

"Tapi ma, tak boleh ke kalau buat benda tu tahun depan ke, dua tahun depan ke atau beberapa tahun ke depan ke..." perlahan dia bertanya. Umur baru 23 dah nak kahwin, muda kot.

"By hook or by crook, papa nak Bella kahwin dengan dia. Kalau tak, berambus dari rumah ni. Tak pernah nak dengar cakap orang tua. Dah terasa diri tu dah besar ke?" sinis Tan Sri Azman memerli anaknya Sambil mengambil cawan teh di depannya.

Bella memandang lama papanya yang sedang minum. Papa... kenapa... dahlah Bella... kau patut bersyukur sekurang-kurangnya kau masih ada lagi papa. Nafas berat dihembus perlahan. 

"As long as papa dengan mama happy, Bella ok je." Tanpa memandang wajah kedua-dua I

ibu bapanya dia berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua ditaman di villa milik Tan Sri Azman.

***

"You what! No, no, no..." bergegar Villa Cenderawasih akibat daripada suara anak Tengku Maya dan Tengku Iskandar.

"You can't do this! I'm..."

"Tengku Hazriq Ashraf bin Tengku Iskandar!  Orang yang kamu sedang tengking sekarang ni daddy kamu. Dah hilang ke mana hormat kamu dengan daddy?" Tengku Maya bangun dari sofa dan bertanya geram kepada anak tunggalnya.

Tengku Iskandar menggeleng perlahan dengan perilaku anak dan isterinya. Dia tahu, isterinya geram dengan perangai anaknya, perangai playboy. Semalam dah dengan cerita Hazriq berpeluk sakan dengan anak Dato' Jamil. Sampai Dato' Jamil buat kecoh di pejabatnya. Mahunya isterinya tak geram. Habis semua anak kenalan dia dan isterinya Hazriq buat mainan.

"Darling, dahlah tu. Meh sini duduk." Dia menarik tangan isterinya supaya duduk di sebelahnya.

"Hazriq... semuanya terpulang kepada kamu. Daddy takkan paksa kamu nikah. Tapi jangan harap kamu boleh warisi segala harta milik keluarga Tengku Iskandar. Jangan pernah bermimpi." 

Walaupun lembut suara yang keluar dari peti suara daddynya tapi Hazriq terasa seperti M16 sedang menembak hatinya dengan kejam. Tanpa harta daddynya macam mana dia nak hidup. Sehari lima ribu ringgit pun tak cukup lagi.

"Papa dengan mama nak keluar.bkamu fikir elok-elok. Lagi pun umur kamu dah 24, dah sesuai dah untuk kahwin. Jom darling, keluar makan angin." Tengku Iskandar tersenyum manis buat isterinya sebelum menarik tangan isterinya menuju ke pintu utama.

Hazriq memandang kelibat kedua ibu bapanya yang hilang di sebalik pintu utama. Macam manalah aku tak jadi playboy, daddy yang dekat 50 tahun still lagi perangai macam aku. Seketika kemudian dia merenggus geram apabila teringat dengan ugutan lembut daddy.

***

"Bella..."

"Ya." Dia menoleh ke sebelah kirinya memandang tepat ke dalam sepasang mata yang sedang merenungnya.

"Kau cantik." Dia senyum sambil mata tak lepas memandang mata Bella.

"I know." Perlahan dia menjawab sambil mata masih tepat merenung anak mata orang di sebelah.

"Kau pendiam..." kepala di sengatkan sedikit. "... tapi kalau kena gaya... kau macam petir." Dia mengecilkan mata sedikit.

"Amboi..." muka dibawa semula ke depan. Kaki langit yang dah warna oren keemasan dipandang kosong.

"Aku... sayangkan kau. Promise dengan aku kau akan sentiasa gembira." mata yang masih merenung Bella dibawa ke bawah. Matanya dapat menagkap ramai manusia dann kenderaan. Pukul 7 petang. Waktu sibuk, waktu orang balik kerja.

"Aku pun sayangkan kau Ameer." Matanya turut memandang ke bawah.

"Janji dengan aku."

"Tak boleh. Aku tak nak jadi munafik."

"Bella..." Dia memanang Bella di sebelah.

"Ameer..." Bella membalas pandangan Ameer.

Perlahan Ameer menggeleng. Bella... manusia yang berpegang kepada janji walaupun untuk satu janji yang bodoh. Kalau dia tak janji yang diA akan sentiasa gembira, tu maksunya dia memang takkan gembira. Jangan buat aku susah hati sayang.

Dia menarik senyuman manis melihat Ameer menggeleng kepala. Dia tahu Ameer risau. Risau dengan diri dia. Ameer...

"Lepas ni, kalau aku dah tak ada jangan nak melepak sini pulak. Dah gaya orang nak bunuh diri." selamba Ameer menutur.

"Aku tak janji." mata memerhati pulak matahari yang semakin berwarna keemasan.

"You must. Dahlah duduk sensorang dekat rooftop ni, lepas tu duduk pulak atas penghadang ni. Kaki biar tergantung. Bahaya tau tak?" Dia menjeling.

"Kalau tau bahaya, kenapa buat macam aku?" Sarkartik dia membalas.

"Aku sayang kau. Kalau kau jatuh, kita jatuh sama-sama. Mahu merana hidup aku kalau kau takde..." dia sengih.

"Banyaklah kau merana..."

"I love you too baby." Perlahan dia membalas sambil tersenyum.

***

I see what you're wearing, there's nothing beneath it
Forgive me for staring, forgive me for breathing
We might not know why, we might not know how
But baby, tonight, we're beautiful now

Lagu yang bergegar maha kuat langsung tak mengganggu perhatian dia. Matanya tajam merenung ke gelas coke di depan.  

We're beautiful now
We're beautiful now

Kenapa? Kenapa nak buat aku macam ni? Mummy dengan daddy memang nak hancurkan life aku. Kenapa kena kahwin? Dahlah dengan pilihan dia orang pulak tu. Entah anak mana dia orang kutip.

"Arrghhhh!" Dia menjert kuat tetapi suaranya hanya tenggelam dalam lagu yang kuat.

"Hai handsome kenapa you macam stress je? Ada masalah you boleh cerita dekat I." Suara di sebelah menegur menggodanya

Dia tersenyum sendiri. Perempuam... semuanya nakkan harta. Dia mengalih pandangan dari gelas ke wajah di sebelahnya yang sedang meliuk menggoda. 

Perempuan ni... kalau aku jenis makan, memang dah lama kena. Dia merenung lama tubuh perempuan di depannya yang memakai baju yang menampakkan lurah payu daranya. 

Lelaki... semua sama je. Semuanya nak benda yang sama. Nama je sini club orang kaya dan ternama... tapi semua tak ada otak. Bodoh. Si perempuan tersenyum memikat. 

Dahlah perempuan. Se-tak-ada agama aku pun, aku tak tergamak nak buat benda tak senonoh dekat anak orang. Kalau isteri, lainlah. Wait a sec, isteri... anak... harta... all that. Right. Matanya yang lama merenung ke dada perempuan itu naik tepat ke muka manusia di depannya sebelum dia senyum penuh makna. 

"Wanna dance? Or we can do more than that." Masih senyum menggoda.

"Thanks, but no thanks." Dia bangun dengan cepat menuju ke pintu keluar sebelum perempuan di depannya sempat membalas. 





Bersambung...